Assalamualaikum w.t.h..
wahai diri.. sedarlah akan hakikat kejadianmu.. subhanallah~
wahai diri.. yakinlah pada kudrat lemahmu.. Allahuakbar~
wahai diri.. renunglah pada hati rapuhmu.. Astaghfirullah~
wahai diri.. tataplah pd jiwa goyahmu.. LahawlawalaQuwwataIllaBillah~
................... (T_T)~~ menangisi hakikat diri..yg padanya tidak dapat tidak, amat memerlukan pada Yang bernama AL-QAWIY.
Terkadang diri ini akui.. tidak sabar jua ia dalam menjalani kehidupan fana duniawi, tidak betah jua ia mengharungi tarbiyah "sughra" dari Ilahi..
Menangis. meratap. malah meraung juga jiwa itu, ternyata teresak jua hati dan jiwa ini saat digoncang badai tarbiyah yang dianggap sukar dan payah. Mengapakah? ^_* ya Tuhan..
Tapi.. rintihan itu dihayati..didengari..malah dipeduli, oleh Dia.. yang Maha Setia, di sisi. subhanallah~~ hati yang sesak terkadang menumbuhkan benci. hati yang disakiti terkadang berontak tidak mahu diuji. ^_^.. saat itu diri ini "dipeluk" penuh kasih oleh suatu rasa yang tenang sekali.. maasyaAllah~~ hilang kegundahan yang mencengkam naluri.
Hari demi hari berlalu...
jiwa ini merentasi badai dengan penuh emosi..jua dengan penuh kesabaran disudut hati. aaahhh.. cuma disudut hati?? sebesar apakah kesabaran yang jiwa ini miliki ya Tuhan.. akhirnya: jiwa ini rebah. jatuh. tersungkur. bersama harapan, ditemani titisan yang sememangnya amat setia alirnya.
"ya Tuhan.. ajarkan pada diri ini ketabahan.. ya Tuhan.. ajarkan pada hati ini kesabaran.. ya Tuhan.. ajarkan pada akal ini cara menuju 1 jalan, jalanMu wahai Tuhan.. agar aku tidak letih dan lelah dalam mengharungi suatu tarbiyah yang bernama ujian..."
Tutur itu didengariNya. dn Dia Setia mengajarkan pada jiwa ini bahawa pada setiap perancangan dan ketetapanNya itu adalah yang terbaik, dan yang paling baik. subhanallah~
Maka, wahai diri.. apa jua yang engkau hadapi, hadaplah semuanya dengan redha. terimalah..apa pun jua baik dan buruk dariNya..
Perlukah? mengapa??
Kerana.. Allah tidak pernah menzalimi, tetapi engkaulah yang menzalimi diri sendiri. lupakah? setiap apa pun tindakan sama ada baik atau buruk, walaupun sebesar zarrah cuma, pasti akan dibalas setimpalnya.. lupakah? Allah itu Maha Adil wahai diri..
Dan kerana.. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hidupMU.. ^_*)
ya Tuhan.. kubersyukur pada setiap perkara yang aku terima.. dan aku mohon keampunanMu pada setiap khilaf dan dosa yang aku ada... Allah~`